Posts

Showing posts from March, 2019
PENUTUP      Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak  memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia.Oleh itu,bagi merealisasikan integrasi  nasional dan pembentukan negara bangsa,maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu  menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh  segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.
Image
PERISTIWA 13 MEI 1969
Image
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
Image
TAHAP INTEGRASI (a) Segregasi ·  Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain.Pemisahan boleh berlaku dalam beberapa keadaan,iaitu aspek budaya,ras,agama,kelas sosial,dasar,adat resam,kawasan tempat tinggal,sistem persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam.Proses segregasi menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad. ·  Segregasi terbahagi kepada dua cara,iaitu rela dan tanpa rela(terpaksa).Segregasi secara rela merujuk keadaan dalam golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.Segregasi secara tanpa rela pula berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti de jure .Segregasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan atau pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan pelaksanaan undang-undang sepe