PENGENALAN




Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial yang baik.

Menurut Shamsul Amri (2012),keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat.Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.

Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks.Persaingan dan konflik antara etnik,sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatar belakangkan masyarakat pelbagai kaum.Oleh itu,perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.



Comments

Popular posts from this blog