SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYRAKAT MAJMUK DI MALAYSIA




  •   Sejarah awal penduduk Tanah Melayu  mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara ini,iaitu Orang asli yang juga dikenali sebagai Orang Melayu Proto memiliki ciri-ciri yang tidak jauh bezanya dengan orang melayu moden.Kehadiran kaum-kaum lain,seperti etnik china dan india pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu.Proses perubahan ini dapat dilihat menerusi pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


  •   Pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat dikesan sejak awal tahun masihi menerusi kegiatan perdagangan.Oleh sebab Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategik,iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat,maka Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari india,china,eropah dan arab.Kehadiran orang cina di Tanah Melayu bermula menerusi hubungan keselamatan antara Maharaja China dengan Kerajaan Melayu Melaka.Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-4.



  •   Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah,Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddha yang dibawa oleh pedagang-pedagang India.Keagungan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 telah membawa ramai pedagang asing berhijrah ke Melaka.Mereka terdiri daripada pedagang-pedagang yang datang dari cina,india,arab dan eropah dan juga pedagang-pedagang dan wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.

Comments

Popular posts from this blog