ETNIK MINORITI


  • Terdapat juga etnik minoriti,iaitu orang asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah Melayu pada kira-kira 1,000TM.Sejarah membuktikan bahawa negara ini merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara(Zahari Awang,2014).
  •  Terdapat penemuan kesan-kesan peninggalan prasejarah di lenggong,Perak dan Gua NIah,Sarawak.Penduduk terawal di negara ini ialah orang asli di Semenanjung Tanah Melayu,Orang Punan di Sarawak serta orang Rungus di Sabah
  • Etnik Serani ialah masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin dengan orang melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.Etnik ini wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.Mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal usul yang unik serta menarik.
  • Komposisi etnik sarawak terbahagi kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama ialah penduduk persisiran yang terdiri daripada orang melayu dan kaum melanau.Orang melayu merupakan penduduk persisiran yang mula menetap di Sarawak pada abad ke-15.Sebahagian besar mereka berasal dari Pulau Sumatera.Selain orang melayu,terdapat juga kaum pribumi Sarawak yang mendiami kawasan persisiran iaitu Kaum Melanau.Meraka beragama islam,mengamalkan cara hidup Melayu Islam serta menggunakan bahasa melayu.
  • Kumpulan kedua ialah penduduk pedalaman terdiri daripada kaum iban,Bidayuh,Bisayah,Murut,Penan,Kayan,Kenyah,Punan,Kedayan dan Kelabit.Orang ibsn merupakan pribumi terbesar di Sarawak.Penempatan utama mereka adalah di Sungai Saribas,Sungai Batang Lupar,Sungai Rejang dan Sungai Sekrang.Kaum Bidayuh juga merupakan etnik kedua terbesar di Sarawak dan mendiami kawasan Sungai Samarahan dan Sadong.Mereka menjalankan aktiviti pertanian,terutamanya padi huma dan pertanian pindah.Kebanyakan etnik lain di Sarawak tinggal di pedalaman dan menjalankan pertanian pindah.


Comments

Popular posts from this blog